13 Sep 2013
myMetro. Riyadh: Sebuah mahkamah di Al Qateef di timur
Arab Saudi semalam menjatuhkan hukuman 20 sebatan terhadap seorang
lelaki kerana memukul bahu isterinya.
Kes itu difailkan sebulan lalu oleh mangsa yang turut menyerahkan laporan perubatan bagi menyokong dakwaannya.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang berusia 30-an, menafikan dia bermaksud untuk menyakitkan isterinya. Menurutnya, dia hanya bergurau dengan isterinya, lapor akhbar. Walaupun wanita terbabit kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa dia ingin menggugurkan kes itu kerana sudah berbaik semula dengan suaminya, tetapi pendakwa raya enggan berbuat demikian. Perbicaraan diteruskan dan hakim kemudian memutuskan wanita terbabit berhak menghadiri pelaksanaan hukuman sebatan itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment