Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dilantik mengikut Perlembagaan
Pelantikan
Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia dibuat mengikut Perlembagaan
Persekutuan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata berdasarkan Fasal
114 Perlembagaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh melantik
sesiapa sahaja yang layak menjadi Duta dan Pesuruhjaya Tinggi.
Katanya, sehingga kini, sebanyak empat Ketua Perwakilan Malaysia secara
lantikan politik dibuat iaitu Duta Besar Malaysia ke Perancis Tan Sri
Ismail Omar dan Duta Besar Malaysia ke Finland Datin Seri Blanche
Olbery.
Selain itu, Datuk Yong Teck Shing sebagai Presiden Pusat
Persahabatan
dan Perdagangan Malaysia di Taiwan dan Datuk Awang Sahak Awang Salleh
sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, katanya semasa menjawab
soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (gambar)(PAS-Pokok Sena) yang ingin
tahu jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta Khas Malaysia dari
kalangan lantikan politik dan kaedah lantikannya.
Beliau berkata sementara Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Prof Madya
Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Sahhaff pula telah menamatkan tempoh
kontraknya pada 19 Sept.
Hamzah berkata Malaysia mempunyai sebanyak 107 perwakilan, iaitu Duta
dan Pesuruhjaya Tinggi, di seluruh dunia. – Bernama, 24 September, 2013.
No comments:
Post a Comment