Kerajaan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk meneruskan penyiasatan ke atas pengimportan 'stranded wire'
dari China, demikian menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kerajaan telah menyelesaikan penyiasatan awal di bawah Seksyen 23
Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan keputusan penentuan akhir akan dikeluarkan tidak melebihi 120 hari dari hari ini, katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Miti, kerajaan bagaimanapun, telah memutuskan untuk tidak mengenakan duti anti-lambakan sementara ke atas pengimportan bahan berkenaan yang berasal dari atau dieksport dari negara yang dikatakan itu.
"Terdapat keperluan untuk menjalankan kajian lebih lanjut dan membuat pengesahan ke atas maklumat penting seperti jumlah import stranded wire serta skop barangan disiasat dari pengeluar asing sebelum mencadangkan pengenaan duti anti-lambakan," katanya.
Pada 10 April, 2013, kerajaan Malaysia memulakan siasatan anti-lambakan berdasarkan petisyen yang difailkan oleh Southern PC Sdn Bhd yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk berkenaan.
Pempetisyen mendakwa import produk itu yang berasal dari atau
dieksport dari China yang diimport ke Malaysia pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran domestik.
Pempetisyen mendakwa ini menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.
Menurut Miti, pihak yang berminat boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit penentuan awal dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada MITI.
- Bernama

No comments:
Post a Comment