8 Sep 2013
Beijing: Seorang wanita terpaku melihat
seekor monyet merentap satu daripada testikel bayinya berusia lapan
bulan di sebuah zoo sebelum lari dan memakannya.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Taman Hidupan Liar Guiyang
Qianling di Guìyáng, ibu negeri wilayah Guizhou di barat daya China.
Si ibu sedang menukar lampin bayinya apabila haiwan berkenaan
menyerang dan merentap testikel kanak-kanak berkenaan dan melarikan diri
sebelum testikel itu terjatuh.
Seorangt lelaki tua dilapor memungut testikel itu tetapi monyet berkenaan kembali dan merampasnya daripada lelaki terbabit dan melarikan diri sambil memakannya.
Seorangt lelaki tua dilapor memungut testikel itu tetapi monyet berkenaan kembali dan merampasnya daripada lelaki terbabit dan melarikan diri sambil memakannya.
Rakaman yang disiarkan sebuah stesen televisyen China menunjukkan kanak-kanak itu dirawat di sebuah hospital dengan dijaga oleh ibunya.
Kecederaannya tidak mengancam nyawa.
Jumlah monyet di zoo terbuka itu dilapor meningkat daripada 70 kepada 500 sejak beberapa tahun lalu dengan keadaan dilihat tidak boleh dikawal lagi.
Meskipun diberi makan tiga kali sehari oleh pihak zoo, haiwan itu turut memperoleh makanan daripada pengunjung.
Stesen itu juga menyiarkan rakaman monyet menggigit seorang kanak-kanak kecil yang cuba membelai haiwan itu.
Menurut laporan itu, serangan monyet ke atas pengunjung sering berlaku di zoo berkenaan. - Agensi
myMetro
No comments:
Post a Comment