- Rejim Bashar (kiri) nekad melakukan serang balas selepas diancam Obama (kanan) jika berlaku perang di Syria.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Panel Senat bersepakat memberi kuasa
penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan
kekerasan terhadap Syria.
Media tempatan melaporkan, keputusan itu diperoleh selepas 18 ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi dengan 10 - 7 manakala seorang senator hanya memilih sebagai hadir.
Resolusi membenarkan pentadbiran Obama melancarkan serangan tentera ke atas Syria akan memasuki fasa akhir sebelum kedua-dua dewan Kongres melakukan undian akhir minggu depan.
Menurut resolusi itu, tindakan ketenteraan melibatkan misi tentera darat mesti tidak melebihi 90 hari.
Kali terakhir Kongres melakukan undian adalah semasa pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika keputusan menyerang Iraq pada Oktober 2002.
Sementara itu, kerajaan Syria melaporkan, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke tiga.
Timbalan Menteri Luar Faisal Muqdad menegaskan, Syria mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas.
“Tentera kami tidak takut dan tidak akan mengalah, walaupun perang dunia ketiga meletus,” katanya dalam laporan Al Jazeera.
Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Rusia melaporkan, senjata kimia digunakan dalam serangan di pinggir Damsyik bulan lalu adalah dari jenis buatan sendiri.
Menurutnya, senjata itu bukan milik tentera rejim Bashar Al-Assad seperti didakwa.
“Selepas pakar melakukan siasatan, kami dapati senjata itu dari komponen buatan sendiri,” menurut satu kenyataan.

No comments:
Post a Comment