Naib
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr Zubir Harun
menawarkan dirinya untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi
pemilihannya tidak lama lagi.
Beliau yang juga AJK Umno bahagian Bentong memaklumkan perkara ini dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
"Dengan dorongan rakan dan berasakan sudah sampai masanya saya
menyumbang tenaga dan fikiran bagi perkuatkan lagi parti Umno demi
perjuangan kepentingan Islam, Melayu dan negara," katanya dalam
kenyataan itu.
Sebagai naib presiden Perkasa, beliau berkata, adalah lebih tepat dan
kena pada masa beliau perlu berada dalam barisan tertinggi parti yang
menjadi tunjang kepada kerajaan yang sedang memerintah.
Katanya, sepanjang bersama Perkasa, beliau melakukan pelbagai usaha dan cara terutamanya soal ekonomi bangsa.
"Maka eloklah saya berada pula pada satu platform yang boleh disampaikan secara langsung," katanya. – 20 September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment