Sindiket
penyeludupan kereta mewah yang dipatahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis dipercayai kes sama membabitkan
pegawai kanan kastam ditembak mati pada April.
Timbalan Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) hanya
tinggal setahun perkhidmatan ditembak tiga das di leher dan pipi.
Ketelusan Shaharuddin menyebabkan beliau digelar “Mr Clean”.
Pada Khamis, SPRM menahan seorang pengurus bank, isterinya dan lelaki
yang dipercayai terlibat dalam penyeludupan itu. Siasatan juga menjurus
kepada penipuan dan penggubahan wang haram.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan suspek berumur di antara 30 dan 40 tahun.
Suspek wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian kereta
mewah bernilai RM500,000 sementara suaminya, seorang pengarah swasta
disiasat kerana bersubahat.
Kereta yang dipercayai didaftarkan di Langkawi dibeli dengan harga
RM300,00 dan dijual dengan harga setengah juta ringgit dalam masa tiga
bulan.
Siasatan menunjukkan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam adalah palsu dan duti eksais kereta tidak dibayar.
Difahamkan sindiket berkenaan telah beroperasi sejak setahun lalu. – 8 September, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment