23 September 2013
(c) dailymail.co.uk
He
Jingjing dan Lu Lai, sepatut berkahwin di tahun 2011. Keduanya
bekerja di pejabat pemerintahan tempatan. Dengan kerjaya yang sudah mapan,
keduanya bahkan sudah membeli rumah. Namun rancangan berkahwin itu mendadak
pupus ketika He Jingjing tak sedarkan diri secara mendadak.
Kejadian
menggemparkan itu terjadi ketika Jingjing sedang bekerja. Dia bahkan
diistiharkan koma, dan sejak itu Jingjing tak pernah bangun lagi. Impian Lu
Lai untuk meminang sang kekasih seolah sirna sudah. Setiap hari Lu Lai
dan keluarga kekasihnya itu mengharap agar Jingjing kembali membuka
matanya.
Pernikahan yang tertunda selama 2 tahun dan berakhir tragis. (c) dailymail.co.uk
Namun
Jingjing tetap diam. Terbaring lemah di atas katil rumah sakit. Dia
hidup, disokong oleh alat bantu pernafasan. Tak disangka dua tahun sudah,
harapan Lu Lai dan segenap keluarganya untuk melihat Jingjing kembali
membuka mata dan tersenyum sepertinya tak akan pernah terkabul.
Tepat
di usianya yang ke-28, keluarga Jingjing dan Lu Lai membawakan kueh tart
untuk merayakan ulang tahun Jingjing. Sekaligus, mengadakan acara
perkahwinan yang tertunda selama dua tahun terakhir.
Jingjing yang
tak bergerak sedikitpun, didandan sebagaimana pengantin. Menggunakan
makeup dan gaun pengantin putih yang cantik. Sayangnya, dia hanya
berbaring di katilnya. Keluarga juga membuat origami burung untuk
menghias kamar itu.
Namun perkahwinan ini sekaligus menjadi
perpisahan bagi Lu Lai, sekaligus bagi keluarga Jingjing, Setelah sekian
lama berharap, akhirnya mereka menyerah dan memutuskan untuk melepas
alat bantu nafas yang selama ini membantu He Jingjing untuk tetap
hidup.
Semua keluarga 'berpamitan' sebelum melepas alat bantu nafas Jingjing (c) dailymail.co.uk
Satu
per satu keluarga dan Lu Lai membisikkan doa dan pesan terakhir mereka
pada wanita itu. Mungkin inilah perkahwinan paling miris sepanjang tahun
ini. Menikahi orang yang dicintai untuk memenuhi janji, namun pada
akhirnya Lu Lai ditinggal mati.
Meski begitu, Lu Lai tetap bangga
pada kekasihnya. Organ dalam tubuh Jingjing akan didermakan pada mereka
yang memerlukan. "Aku senang dia menolong orang lain, namun bagiku dia
tidak hidup di tubuh orang-orang itu. Dia akan selalu ada di dalam
hatiku. Aku akan selalu merindukannya," ujarnya.
Lu Lai
menceritakan bahawa dia dan Jingjing memiliki pernikahan impian dan
berusaha seboleh mungkin mewujudkannya. Keduanya bekerja sama menyiapkan
perkahwinan itu dengan usaha mereka sendiri. Oleh kerana itu seringkali
Jingjing agak memforsir dirinya sendiri. Jingjing dan Lu Lai tahu bahawa
wanita itu sedang sakit.
"Dia sakit, tapi dia tak mau berhenti
bekerja. Sampai suatu ketika aku menerima telepon bahawa dia tak sedarkan
diri di depan komputernya," cerita Lu Lai.Setelah diperiksa, Jingjing
mengalami kerosakan otak dan mengalami koma.
Menurut sang ayah,
Jingjing adalah anak wanita yang sangat aktif, ceria dan bersemangat.
Pernikahan yang diselenggarakan ini semata-mata tanda sayang terakhir
untuk sang anak sebelum mereka merelakan Jingjing selama-lamanya.
Meski
tak membuka matanya, semoga Jingjing berbahagia dengan perkahwinannya.
Yang pasti, Lu Lai akan menyimpan cinta dan kenangannya bersama Jingjing
di dalam hati, selama-lamanya.
Sumber:Vemale.com
No comments:
Post a Comment