Selangor
akan hanya membuat keputusan tentang peruntukan kepada ADUN pembangkang
selepas meneliti Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan bulan Oktober
depan.
"Oleh kerana bajet kita adalah pada bulan November, bajet kerajaan Persekutuan (pula) adalah bulan Oktober, jadi kita tunggu bajet kerajaan Persekutuan sebagai asas untuk keputusan kita untuk peruntukkan kepada semua ADUN dan ahli parlimen tidak kira dari mana parti mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM40,000 setahun kepada ADUN pembangkang bermula tahun depan untuk projek-projek pembangunan dalam kawasan mereka.
Menurut Khalid, belanjawan Persekutuan itu akan menjadi kayu ukur kepada sejauh mana kesediaan kerajaan BN menerima MP dan ADUN Pakatan sebagai wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
"Salah satu daripada perbincangan yang kita lakukan ialah kita hendak melihat kesahihan dan usaha kerajaan Persekutuan untuk menunjukkan ia bersedia untuk menerima wakil-wakil rakyat yang bukan dari BN menjadi wakil kepada rakyat," katanya kepada Malaysiakini tengah hari tadi.

No comments:
Post a Comment