25/09/2013
KOTA BHARU - Kapten pasukan Kelantan, Mohd Badri Mohd Radzi
mengesahkan lima pasukan termasuk dua kelab melamar beliau untuk saingan
Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Mohd Badri, yang lebih mesra disapa Piya, bagaimanapun berkata,
beliau enggan membuat keputusan secara terburu-buru kerana khidmatnya
selaku pemain tengah, masih diperlukan oleh pasukan The Red Warriors.
"Memang ada lima pasukan menawarkan kontrak kepada saya.
Bagaimanapun, memandangkan kempen Piala Malaysia masih berlangsung
sekarang, elok rasanya saya tidak bercakap apa-apa mengenai perkara ini.
"Soal kontrak (sama ada kekal atau berhijrah) saya mahu letak tepi dahulu.
Fokus saya ialah mahu membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan
bagi memastikan Piala Malaysia kekal di Kota Baharu,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri pelancaran produk ’Secretleaf-Men’, yang
mana beliau adalah duta jenama tersebut.
Hadir sama Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim. - Bernama
No comments:
Post a Comment