PKR hari ini mendakwa tindakan kerajaan menaikkan harga petrol adalah
tidak adil kepada rakyat, dan sekali gus mendesak menteri dan timbalan
menteri membayar wang petrol sendiri.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyifatkan langkah Putrajaya
sebagai menghukum rakyat yang sudah sedia bergelut dengan kesempitan
kewangan.
"Ia tidak adil untuk menghukum rakyat yang kini bergelut dengan
kesempitan kewangan sedangkan kroni dan sektor korporat tidak disentuh
langsung.
"Oleh itu, PKR menggesa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan semua
menteri dan timbalan menteri membayar sendiri petrol dan diesel yang
selama ini ditanggung kerajaan dengan memansuhkan kemudahan petrol dan
diesel berbayar," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling
Jaya hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu juga mengecam pengumuman kenaikan harga petrol
oleh Najib sebagai tidak munasabah ketika harga minyak mentah masih
murah.
"Sejak April 2011, sebenarnya harga minyak mentah mencatatkan pola penurunan dalam tempoh dua tahun.
"Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga mentah ini turun di pasaran dunia," katanya.
Sementara itu, Rafizi melontar cabaran kepada Umno untuk berdebat dengan wakil PKR mengenai isu kenaikkan harga minyak.
"Saya juga menggesa Najib supaya membenarkan YB Khairy Jamaluddin (Abu
Bakar) berdebat dengan wakil PKR mengenai isu ini kerana sudah pasti
beliau sedia berdepan sekiranya tidak disekat oleh Umno," katanya.
Putrajaya semalam mengumumkan kenaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak
20 sen, bagi memastikan sasaran kerajaan untuk mencapai defisit fiskal
dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada
2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Langkah tersebut mendapat sokongan pakar ekonomi yang menyifatkannya
sebagai baik bagi menangani hutang kerajaan yang semakin meningkat,
iaitu ketika ini berada pada paras 53.5 peratus berbanding Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) pada hujung tahun lalu.
Sejurus pengumuman semalam, orang ramai bergegas dan memenuhi stesen
minyak serta meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap langkah
kerajaan tersebut.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel adalah naik pada tahun
2010, mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter. - 3 September, 2013.
The Malaysian Insider
Salam..hai NAJIB...tak nak ikut JEJAK LANGKAH...TUN RAZAK...potong 10% gaji menteri dan timbalan menteri tahun 1974 ker..??? KESIAN...sepatutnya bapa BOREK ...anak RINTEK lah...
ReplyDelete