Bekas
ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar), berkata sekarang
adalah masa yang penting dan amat terdesak untuk memastikan lebih banyak
bakat `berkelayakan’ dan boleh dipercayai dalam parti untuk mengambil
alih pucuk pimpinan dalam pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin Wanita veteran itu melahirkan kekecewaannya apabila penyandang
Datuk Seri Shahrizat Jalil kini tidak dicabar apabila bekas Ketua
Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said dikatakan tidak akan
menyertai pertandingan itu.
“Apa perbezaannya sekarang walaupun saya bercakap atau beri maklum balas?
“Ada yang meletakkan sasaran peribadi lebih tinggi daripada keperluan
parti dan kata-kata nasihat hanya mempunyai sedikit kesan untuk mengubah
apa-apa. Perubahan datang daripada kerelaan sendiri terlebih dahulu,”
katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Shahrizat menewaskan Rafidah bagi jawatan Ketua Wanita Umno dengan memperolehi undi 507 berbalas 227.
Tidak ada hubungan mesra antara kedua-dua ahli politik berprofil tinggi berkenaan sejak pemilihan itu.
“Biarkan saja mereka. Biar mereka `bermain’ dengan sayap.
“Oleh kerana saya sudah bersara, saya tidak mahu peduli mengenai perkara ini lagi. Biarkan mereka.
“Jangan membazirkan masa dan usaha anda, saya tidak lagi berminat dan anda perlu mempercayainya,” kata Pengerusi AirAsia X itu.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Azalina membuat
keputusan untuk tidak bertanding bagi jawatan tertinggi itu dan hanya
berminat menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT). Ahli Parlimen Pengerang itu
gagal dipilih menjadi MT pada pemilihan tahun 2009.
Azalina, yang juga seorang peguam dikatakan membatalkan hasratnya
mencabar Shahrizat selepas `dinasihatkan’ untuk tidak meneruskan
niatnya, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa rombongan khas dihantar bertemu
Azalina, yang dilihat sebagai antara calon harapan oleh perwakilan
untuk membuat `perdamaian sementara’ bagi memberi laluan kepada
Shahrizat.
Azalina juga dilaporkan dijanjikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran kerana tidak bertanding.
Azalina yang dikenali sebagai tegas adalah ahli politik wanita yang
vokal, dan beliau memenangi kerusi parlimen Pengerang dalam pilihan raya
lalu yang digambarkan sebagai `cabaran sebenar’ selepas memenangi
kerusi itu tanpa bertanding bagi dua penggal.ing.
Pada pilihan raya lalu, beliau bertanding tiga penjuru dengan penyanyi
popular 80-an, Dayangku Intan dari parti PKR dan calon bebas, Mohd
Azaman Johari, seorang guru.
Shahrizat yang tidak bertanding dalam pilihan raya lalu menerima habuan
politik apabila beliau baru-baru ini dilantik sebagai penasihat khas
mengenai hal ehwal wanita kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
– jawatan yang bertaraf menteri. – 11 September, 2013.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment