Monday, September 9, 2013

RCI: Bekas timbalan menteri nafi terlibat dengan Projek IC

OLEH LEE SHI-IAN September 09, 2013  
Bekas timbalan menteri pembangunan luar bandar menafikan pernah bertemu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub atau terbabit dengan Projek IC dan mendakwa beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu setahun lalu apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah ditubuhkan.

Datuk Muhammad Yahya @ Yahya Lampong berkata, dakwaan Ketua Daerah Sandakan Hassnar Ebrahim tidak berasas dan beliau tidak boleh dipercayai, bagaimanapun, Yahya tidak bercadang untuk menyaman Hassnar.

Beliau memberitahu lima panel RCi yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, tiada gunanya mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yang tidak boleh dipercayai.


 Shim bertanya kepada Yahya apa beliau fikir mengenai pertuduhan dibuat Hassnar dan pembabitannya dalam Projek IC.

Yahya berkata, beliau mengenali Hassnar oleh kerana sebelum ini berada dalam parti politik sama tetapi tidak rapat dengannya. – 9 September, 2013.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment