Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu
membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti
rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.
Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan
Muhammad Azri Wan Deris. Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor
memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu
secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit
dalam Sukan Komanwel.
Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman
Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi
ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.
Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.
Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.
Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan
tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan
dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.
Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger
yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan
(anonymity).
The Malaysian Insider
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment