Friday, September 13, 2013

Seorang Perompak Kembalikan Wang Hasil Rompakan Setelah 12 Tahun

12 Sep 2013

Aneh tapi benar, seorang perompak mengembalikan hasil rompakannya kepada mangsa. Jarak waktu rompakan dan mengembalikan hasil rompakan bahkan berselisih 12 tahun! Kejadian ini terjadi di kota Nashville  Tennessee, Amerika Syarikat.

Perompak yang tidak diketahui namanya itu mengembalikan wang kepada korban, Keosavanh Xayarath yang menjadi korban rompakan olehnya ketika bekerja di toko kelontong di kota itu.

Selain mengembalikan wang hasil rampokan bernilah USD 400, lelaki tersebut juga menyelipkan sebuah surat permintaan maaf kepada pemilik toko.

Dalam suratnya, dia menyesal dan meminta maaf atas perbuatan bodohnya belasan tahun lalu. Ia mengaku sedang berada di bawah pengaruh ubat terlarang ketika melakukan aksinya.

Inilah Surat Perompak yang kembalikan wang hasil rompakan tersebut:
Saya adalah seorang penagih ubat-ubatan terlarang. Sekitar 11 atau 12 tahun lalu saya merompak toko ini menggunakan pistol. Sekarang saya tidak menggunakan ubat-ubatan terlarang lagi dan saya rasa saya harus menebus kesalahan saya kepada orang-orang yang pernah saya lukai di masa lalu.

Saya datang ke toko anda sekitar jam 9 atau 10 pada tahun 2002 atau 2003. Saya membeli 6 kerat bir dan rokok. Ketika juru wang membuka laci wang dan berniat memberi wang kembalian, saya menodongkan pistol dan mengambil sekitar USD 300 dari meja. Saya lalu melarikan diri dengan kereta putih.

Saya harap anda menerima wang ini dan mengampuni saya.
Semoga damai bersama dengan anda - Anonymous

Pengembalian wang yang disertai dengan surat tersebut mendapat simpati dari banyak pihak setelah InterAsian Market & Deli mengunggah foto surat tersebut di akaun Instagram mereka.

Salah seorang pengguna Instagram yang melihat foto tersebut menulis komentar bahawa peristiwa ini sangat inspiratif dan menunjukkan bahawa masih ada banyak orang baik di dunia ini.

Pengguna lainnya bahkan berharap agar mantan perompak tersebut mendapat kedamaian dan keberuntungan atas perbuatan baik yang telah ia lakukan. | ciricara.com  
Vemale

No comments:

Post a Comment