Nahas bas dalam kemalangan yang meragut 37 nyawa. The Malaysian Insider pic, September 26, 2013.
SebuahJawatankuasa Inkuiri Kemalangan Bas-Genting ditubuhkan sebagai tindakan
susulan untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan bas di
Genting Highland, Pahang pada 21 Ogos lalu.
Dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
jawatankuasa tersebut turut dianggotai Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
dan Kementerian Kerja Raya (KKR),
"Jawatankuasa yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal
Kamal, akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain bertujuan menilai
bukti-bukti dan laporan-laporan kemalangan serta membuat cadangan kepada
kerajaan bagi mencegah kejadian sedemikian berulang," kata SPAD dalam
kenyataannya hari ini.
Selain itu, SPAD juga akan memberi tumpuan lebih khusus kepada audit
keselamatan ke atas pengendali bas henti-henti dan ekspres.
Ogos lalu nahas bas meragut 37 nyawa apabila terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands.
Manakala seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.
Bas tersebut dipercayai membawa 53 penumpang di mana kemalangan berlaku
pada jam 2.46 petang dilaporkan berlaku di KM3.8, jalan menuruni bukit
menuju ke Kuala Lumpur
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan,
antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal berfungsi sebelum
terjunam ke dalam gaung.
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands
ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak
terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter
ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di pusat
peranginan itu. - 26 September, 2013. TMI
No comments:
Post a Comment