KERENGGA
Blog billyinfo

Mayat
seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau
harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19
tahun dikebumikan di situ. kubur itu digali semula bersama 16 kubur
lain dalam rangka perluasan masjid.
Jasad
yang utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang,
Semanding, Daerah Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada
1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di kawasan perkuburan
di Desa Bejagung
Menurut
ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita
yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak
keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan
jiran tetangga di kampungnya.



No comments:
Post a Comment