BINTULU – Rahsia besar seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang
tergamak menanam bayinya sendiri yang baru lahir di Kampung Baru di sini
terbongkar apabila kubur bayi malang itu digali polis semalam.
Remaja itu ditahan pada pukul 2 pagi ketika sedang berehat di rumah keluarganya.
Difahamkan, bayi malang itu dilahirkan hasil hubungan sulit suspek dengan teman wanitanya yang berusia 15 tahun.
Menurut sumber, mayat bayi malang itu ditanam oleh suspek di kawasan
belukar kira-kira 20 meter dari belakang rumahnya sebaik dia dilahirkan
pada 22 September lalu.
“Bagaimanapun, tindakan suspek akhirnya terbongkar selepas teman
wanitanya mengalami pendarahan teruk sebelum dihantar oleh ibunya ke
hospital.
“Pemeriksaan doktor mengesahkan remaja berkenaan telah menyembunyikan
kelahiran bayinya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
No comments:
Post a Comment