Akhbar
milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada
tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013
walaupun ianya diberikan secara percuma.
Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula
dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang,
kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.
Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa'
berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar
berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada
majlis sama.
"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera
menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini
sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.
Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan
akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia
sebagai negara bangsa.
Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan
akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas
Pilihan Raya Umum 2013.
Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar
berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya
akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu
kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan
tersebut.
- 14 September, 2013.
No comments:
Post a Comment