23 Sep 2013
Padah buang sos cili rosak
Kuala Lumpur: Hanya kerana sos cili, seorang
wanita yang sarat mengandung cedera dibelasah suaminya di rumah mereka
di Jalan Ulu Klang, dekat sini.
Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang Khamis lalu
ketika pasangan berusia 30-an itu bersiap untuk berniaga di gerai
makanan diusahakan mereka.
Menurutnya, mangsa dibelasah oleh suaminya yang berang selepas wanita itu membuang sebungkus sos cili ke dalam tong sampah.
“Mangsa dikatakan membuang sebungkus sos cili dalam tong sampah
kerana mendakwa sos berkenaan sudah rosak sedangkan si suami berpendapat
ia masih boleh digunakan.
“Berlaku pertengkaran sebelum suspek membelasah mangsa di muka dan badan bertubi-tubi tanpa menghiraukan mangsa sarat mengandung,” katanya.
Bukan itu saja, sumber memberitahu, suspek turut menghempap badan mangsa ke dinding dapur rumah mereka.
Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kesakitan dan lebam
keluar rumah untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik selain
bimbangkan kandungannya.
Sumber berkata, mangsa kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Tun Razak, di sini.
myMetro
No comments:
Post a Comment