Sarjana
agama terkemuka dari Amerika Syarikat Reza Aslan turut sepakat dalam
kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan
mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu
keputusan politik.
Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza (gambar) menegaskan,
penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan
dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam.
"Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke
sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada
Islam," katanya.
Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir
bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang
menyampaikan ucapan Aidiladha.
Reza yang menulis buku “No God But God: The Origins, Evolution, and
Future of Islam” hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia
kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, “sebarang
jenis Tuhan”.
"Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah
bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah
nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu
sendiri.
"Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya.
Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan
"kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian
serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam".
Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara
masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan
yang terjadi.
Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?"
Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter
menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah
melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun".
"Larangan itu bukan sahaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh
menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam.
"Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar
penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi
Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah," katanya dalam
temubual itu.
Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut
Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad
merujuk Tuhan mereka sebagai Allah.
"Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah
merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk
kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta," katanya.
"Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat.
Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu."
Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah
Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia.
"Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah
kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda.
"Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah
negara Islam seperti Malaysia," katanya. – 22 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
hujah mangkuk ni bikin pencacai melayu totok @ macai emeno betamboh meghoyan. dan pepuwok totok pas makin ghaco. hujoh mangkok ni tak sesuwai dalam suasana tahap pemikiran melayu islam kat malaya masa kini. pegi main jauh2 wahai si mangkuk amerika.
ReplyDelete