Ribut geomagnetik mengganggu aplikasi pandu arah kiblat. Gambar fail.Kumpulan
saintis berpangkalan di Kanada mendapati ribut geomagnetik yang melanda
bumi akan mengganggu aplikasi pandu arah kiblat yang digunakan oleh
umat Islam seluruh dunia.
Dalam laporan yang dikeluarkan TIMEZ5 hari ini, alat elektro-magnetik
yang digunakan akan menerima kesan daripada ribut yang melanda bumi pada
29 Oktober baru-baru ini.
"Para saintis mendapati penganut Islam berkemungkinan menghadapi
masalah untuk menunaikan tanggungjawab sembahyang lima waktu sehari,”
katanya.
"Peralatan elektro-magnetik yang digunakan dalam kajian menghasilkan keputusan yang tidak konsisten," katanya.
Susulan dengan perkembangan tersebut, TIMEZ5 menasihati penganut Muslim
supaya mengingati arah kiblat yang mereka gunakan bagi memudahkan
mereka untuk mengerjakan ibadat.
Fenomena ribut itu berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal iaitu 15 juta darjah celcius.
Peningkatan ini akan menyebabkan sebahagian besar gas matahari terbebas
dan berlegar di ruang angkasa sehingga boleh memasuki lapisan atmosfera
bumi.
TIMEZ5 adalah syarikat kesihatan pertama di dunia yang memberi tumpuan kepada gaya hidup umat Islam menerusi inovasi.
Antara produknya ialah sembahyang psikologikal dan tikar meditasi.
Kira-kira 60.4% daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia adalah umat
Islam dan Islam adalah agama rasmi seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Malaysia. - 3 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment