Bayiku lahir di atas rumput kerana ditolak jururawat
11 Oktober 2013
Ilustrasi (c) shutterstock.com
Maksud hati ingin menyiapkan kelahirannya, malah
melahirkan di tempat yang tak seharusnya. Hal inilah yang dialami oleh
ibu malang Irma Lopez. Ini adalah kali ketiga wanita ini melahirkan,
namun tak pernah dibayangkannya akan semengerikan ini.
Irma adalah
wanita Indian dan ketika itu bersama suami datang ke rumah sakit di
selatan Mexico. Namun tatkala sampai di lobi, mereka ditolak oleh seorang jururawat di sana. Alasannya adalah kerana usia kandungan yang masih 8
bulan. Selain itu, sepertinya ada sebuah salahfaham akibat masalah
bahasa.
Irma dan bayinya masih bisa selamat (c) dailymail.co.uk
Irma
tak boleh berbahasa Sepanyol dan bersama suaminya, dia tak memahami apa yang
dikatakan oleh jururawat kecuali kata 'tidak' yang dianggap bahawa
rumah sakit tak boleh menerima mereka. Namun malangnya, satu setengah jam
setelah keduanya meninggalkan tempat tersebut, Irma mengalami pecah
ketuban.
Dia dan suaminya datang lagi ke rumah sakit kerana memang
merasakan sakit yang tidak biasa. Irma pun melahirkan anaknya di
rerumputan dekat rumah sakit kerana sudah tak tahan lagi. Ironisnya
lagi, dia melahirkan tanpa suami kerana ketika itu suaminya sedang
mencuba untuk dapat mendaftarkan isterinya ke dalam rumah sakit.
Foto Irma yang melahirkan di rerumputan menyebar luas di internet(c) Huffington Post
Mungkin
itu adalah pengalaman melahirkan paling buruk yang pernah dialami Irma.
Ditolak rumah sakit, melahirkan di tempat yang tak semestinya dan
fotonya ketika melahirkan tersebar luas dengan cepat ke berbagai negara.
Meski pada akhirnya Irma dan bayinya boleh mendapatkan perawatan yang
layak, namun Datuk Bandar Mexico cukup didesak kerana Irma adalah wanita
kedua yang mendapat perlakuan tak sepatutnya dalam setahun terakhir.
Wah,
jangan sampai ada lagi ya masalah birokrasi atau miskomunikasi yang
membuat proses perawatan terhenti. Kerana hal ini juga berhubungan
dengan keselamatan jiwa. Syukurlah Irma dan bayinya masih dalam kondisi
yang sihat dan selamat.
sumber:Vemale.com
No comments:
Post a Comment