Datuk
Mukhriz Mahathir (gambar) hari ini dicabar DAP untuk mengulangi
pendiriannya "tidak perlukan undi Cina" dalam pilihan raya kecil (PRK)
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, serta dikecam sebagai ahli
politik ketinggalan zaman kerana mengamalkan sikap dendam.
Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok membidas kedegilan Menteri Besar Kedah
yang tidak mahu melayan tuntutan kaum Cina sebagai tidak menghormati
proses demokratik.
"Saya cabar supaya beliau ulang sekali lagi semasa pilihan raya Sungai Limau nanti.
Mukhriz hari ini dilaporkan Utusan Malaysia dan China Press
mempertahankan pendiriannya keutamaan hanya akan diberikan kepada
penyokong Barisan Nasional (BN) dan bukan pembangkang Pakatan Rakyat
(PR).
Mukhriz dilaporkan berkata langkah tersebut adalah wajar kerana kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan perkara sama.
"Saya cabar beliau untuk tunjukkan bukti bilakah kerajaan DAP Pulau
Pinang membuat kenyataan hanya akan memberi keutamaan kepada penyokong
DAP sahaja atau mengamalkan polisi yang menindas mereka yang tidak
menyokong DAP," kata Kok mencabar Mukhriz.
Mukhriz baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas berkata
pentadbirannya hanya akan menumpukan pada sekolah kebangsaan kerana
beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.
“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.
“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan media.
Anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga berdepan
misi mustahil memandangkan pengaruh bapanya yang sudah terhakis selepas
melepaskan jawatannya. – 1 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment