myMetro 19 Okt 2013
Beijing: Seorang lelaki dari Guangzhou ditikam dalam pertelingkahan yang membabitkan tuala wanita.
Polis memburu seorang lelaki yang menikam jirannya ekoran
pertengkaran membabitkan tuala wanita yang jatuh di atas kepalanya,
menurut laporan televisyen Shenzhen.
Suspek dilaporkan menyerang jirannya yang bernama Cheng selepas
sekeping tuala wanita jatuh dari tingkap bilik air tingkat empat
apartmen Cheng.
“Suspek mula membaling batu ke arah tingkap Cheng sebelum lelaki terbabit menjenguk ke bawah untuk melihat apa yang berlaku,” menurut sumber.
“Suspek mula membaling batu ke arah tingkap Cheng sebelum lelaki terbabit menjenguk ke bawah untuk melihat apa yang berlaku,” menurut sumber.
Ketika itulah isterinya menyedari mungkin tuala wanita yang sudah digunakannya dan diselitkan di tingkap sudah jatuh ke bawah.
Cheng lalu meminta maaf tetapi suspek yang tidak berpuas hati lalu naik ke kediaman Cheng membawa sebilah pisau sebelum menikam mangsa hingga parah.
Cheng dikejarkan ke Hospital Panyu dan dia kemudian dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menjalani rawatan. - Agensi
No comments:
Post a Comment