27 okt 2103
KERENGGA
Tokong guna nama orang Islam. Gambar tokong yang dirakam penduduk di kawasan perindustrian Krubong.
KRUBONG: Kewujudan
sebuah tokong di kawasan perindustrian Krubong di sini yang menggunakan
nama orang Islam menimbulkan tanda-tanya dalam kalangan masyarakat
Islam di situ.
Menurut
mereka, tokong itu wujud sejak kira-kira 30 tahun lalu, namun hanya
menyedari ia menggunakan nama “Datuk Haji Jawi Shamsuddin” sejak dua
minggu lalu.
Seorang
penduduk, Sham Kamat, 47, berkata, dia tidak berniat untuk mencampuri
aktiviti keagamaan kaum lain namun, tindakan pihak terbabit menggunakan
nama orang Islam memang tidak boleh diterima.
Menurutnya,
perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa termasuk untuk mengetahui
sebab mengapa mereka menggunakan nama orang Islam di tokong berkenaan.
“Kita
tidak mahu mengganggu urusan atau aktiviti keagamaan kaum lain tetapi
tindakan mereka menggunakan nama ini boleh menimbulkan kekeliruan orang
ramai.
“Memanglah
hari ini kerajaan melaungkan slogan 1Malaysia tetapi janganlah sampai
isu keagamaan pun hendak 'di 1Malaysiakan',” katanya, semalam.
Sham
berkata, tokong berkenaan juga terletak hanya kira-kira 10 meter dari
surau tempat pekerja kilang terbabit menunaikan solat.
Sementara
itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaim), Rahimin
Bani ketika dihubungi berkata, penggunaan nama yang berkaitan Islam atau
orang Islam seperti Datuk Haji Jawi Shamsuddin tidak sepatutnya
dilakukan oleh bukan Islam apatah lagi ia diletakkan di tokong.
“Perkara ini boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat Islam. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai menghina Islam.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) diharap dapat menguatkuasakan garis panduan pembinaan rumah-rumah ibadat bukan Islam,” katanya.
Beliau
turut mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan Islam terus
dimartabatkan di arus perdana seiring dengan peruntukan perlembagaan
negara.
“Tindakan
undang-undang juga akan dikuatkuasakan kepada pihak yang sengaja
menimbulkan kegusaran dan isu sensitif umat Islam,” katanya.
No comments:
Post a Comment