myMetro 12 Okt 2013
Beijing: Seorang lelaki di Hubei yang menghidap penyakit aneh
bertindak menggergaji kaki kanannya menggunakan gergaji logam, pisau
kecil dan penggaru yang dibungkus dengan tuala.
Menurut laporan terkini dalam Shijiazhuang News, Zheng Yanliang, 47,
dari bandar Boading dikenali sebagai lelaki perkasa di bandar terbabit.
Bagaimanapun, tahun lalu dia menghidap penyakit teruk di perutnya sebelum ia beralih ke kakinya. Kesakitan dialami sangat menyakitkan hingga dia tidak mampu untuk berdiri sebelum disahkan menghidap trombosis arteri di kedua-dua belah kakinya.
Ujian angiogram menunjukkan semua arteri di kaki kanannya sudah
tiada. Doktor memberitahu Zheng yang penyakit dihidapinya itu sangat
jarang ditemui dan dia mungkin hanya dapat hidup tidak melebihi sebulan
hingga menyebabkan isterinya menangis.
Sepanjang tiga bulan Zheng terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat hingga dia hampir pengsan.
Dia juga sering menjerit sehingga jiran tetangga tidak dapat tidur pada waktu malam. Tidak tahan lagi dengan kesakitan yang ditanggungnya, beberapa hari berikutnya selepas isterinya masuk tidur, Zheng menggunakan pisau, gergaji logam serta penggaru yang dibalut dengan tuala dan mula memotong kakinya.
ZHENG
melakonkan semula aksi ketika dia memotong kakinya apabila terpaksa
menggigit penggaru yang dibalut tuala bagi mengelak jeritannya
didengari.
Kira-kira 20 minit kemudian isterinya yang terjaga dari tidur
terkejut melihat kaki kanan suaminya sudah dipotong 15 sentimeter dari
paha. Gergaji logam yang digunakan juga patah dua. Bagaimanapun Zheng
bernasib baik kerana tidak terdapat banyak darah ketika dia memotong
kakinya itu ekoran penyakit trombosis dihidapi. Walaupun dia tidak
lagi mengalami kesakitan di sebelah kaki yang sudah dipotong berkenaan,
tetapi sakit di kaki kirinya pula kian buruk. Zheng kini meminta
bantuan masyarakat sekeliling untuk mengumpul dana bagi membolehkan dia
mendapatkan kaki palsu agar dia dapat meneruskan kehidupan dan menyara
keluarganya. - Agensi
No comments:
Post a Comment