Harakahdaily, | 14 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) muncul bagi menyatakan bantahan terhadap operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
NGO diberi nama Kaum Ibu Kuantan dan Balok itu menentang keras tindakan kerajaan mengeluarkan lesen import kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Australia Barat yang dijadual tiba di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober ini.
"Kami, kaum ibu dari Kuantan dan Balok , ingin menyuarakan rasa sedih dan marah kami di atas kegagalan kerajaan Malaysia untuk menutup kilang Lynas daripada beroperasi dengan mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) pada bulan Januari 2012; dan sekarang mengeluarkan lesen mengimport kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Western Australia yang dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 16 Oktober 2013," kata jurucakap kumpulan terbabit, Rahimah Abdul Majid dan Nurhaniza Ali.
Dalam satu kenyataan media, mereka berkata, risiko dan bahaya dari hasil pemprosesan nadir bumi adalah terbukti serius terhadap kesihatan, alam sekitar, kesejahteraan dan industri tempatan terutamanya industri perikanan dan pelancongan.
Kaum Ibu Kuantan dan Balok juga memandang berat kegagalan Lynas untuk mengenal pasti tempat pembuangan kekal sisa (PDF) dan sikap kerajaan Malaysia yang membisu.
"Di manakah tanggung jawab sosial mereka? Mengapakah suara kami tidak diendahkan?" soal mereka.
Menurut Rahimah dan Nurhaniza, sebagai ibu, mereka amat prihatin terhadap impak kilang Lynas kepada anak-anak dan generasi akan datang.
"Sebagai ibu kami juga mahu yang terbaik untuk keluarga kami. Sudah tentu kami inginkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat tetapi biarlah ianya selamat untuk anak-anak kami dan alam sekitar kami," ujar mereka.
Kaum Ibu Kuantan dan Balok juga mempersoalkan tindakan pihak berwajib membenarkan kilang Lynas terus mencemari alam sekitar dan tiadanya sebarang perundingan diadakan di antara Lynas dengan penduduk setempat.
"Mengapakah kerajaan Malaysia terus membantu Lynas untuk membunuh masa depan anak-anak kami?" soal mereka.
Sehubungan itu, Kaum Ibu Kuantan dan Balok menuntut Lynas menjalankan tanggung jawab sosial untuk tidak membahayakan keselamatan penduduk dan menggesa Kerajaan Malaysia yang sepatutnya melindungi rakyat supaya tidak bersekongkol dengan syarikat asing untuk membahayakan rakyat sendiri.
"Kami bersama-sama Ahli Parlimen, wakil-wakil rakyat, persatuan-persatuan sivil dan penduduk Kuantan akan keluar beramai-ramai untuk membantah kemasukan nadir bumi pada awal pagi 16hb Oktober 2013 ini dan kami akan teruskan bantahan kami demi Malaysia yang lebih bersih dan selamat," tegas mereka.
Wakil ibu Kuantan dan Balok boleh dihubungi melalui Rahimah Abdul Majid (017 900 7813) dan Nurhaniza Ali (014 540 2098).

No comments:
Post a Comment