Astro Awani Oktober 31, 2013
SETAPAK: Seorang pegawal keselamatan
yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City
Mall, berhampiran Setapak pagi tadi.
Rompakan berlaku sekitar jam 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan, tiada kecederaan dilaporkan.
Menurutnya, suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi pemilik kedai emas berkenaan.
Pada 24 Oktober lalu, negara digemparkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, selepas mangsa membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya.
Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.
Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek untuk membantu siasatan.

No comments:
Post a Comment