Monday, October 28, 2013

Lelaki Arab pukul lelaki Asia kerana berbual dengan isterinya

 28 Okt 2013
Video pemukulan pria Saudi terhadap lelaki Asia tuai kecaman
Ilustrasi pemukulan. lifehacker
 
  Sebuah video yang memperlihatkan seorang  lelaki Arab Saudi tanpa bels kasihan memukul seorang lelaki Asia telah memicu kemarahan publik, dan mendorong Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Saudi untuk menyiasat insiden itu.

Lelaki Saudi itu, yang tidak disebutkan namanya, menuduh mangsa telah berbual dengan isterinya. Pelaku kemudian menampar mangsa sebelum akhirnya menyerang dan memukuli mangsa dengan tali  pinggang, seperti dilapor akhbar the Times of India, 28 Oktober

Di dalam video itu, magnsa yang mengenakan pakaian berwarna oren, dengan mata sudah lebam terlihat memohon maaf berulang kali kepada pelaku. Namun, pelaku terlihat tidak mengindahkan mangsa dan terus memukul dia secara brutal.
"Insiden pemukulan itu telah menyebabkan badan hak asasi Saudi menerima beberapa keluhan dari warga yang menyerukan agar pelaku dihukum," kata Juru Cakap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Saudi, Ibrahim al-Shadi.

Shadi mengatakan bahawa pemukulan itu merupakan pelanggaran serius terhadap hak-hak mangsa terkait keselamatan dan martabatnya."Tindakan itu juga melanggar peraturan yang ditetapkan oleh syariat Islam."

Shadi mengatakan bahawa terlepas dari dugaan kenapa lelaki Saudi itu melakukan penyerangan, namun tindakan pelaku dianggap tidak mematuhi peraturan-peraturan yang diberlakukan oleh negara tentang perlindungan hak asasi manusia.
Merdeka.com

No comments:

Post a Comment