Monday, October 7, 2013

Lelaki terbunuh dilanggar keretapi semasa mahu mengambil sesuatu di rel

  7 Okt 2013
 
Sydney Morning Herald
Sydney - Tragis! Seorang lelaki di Sydney, Australia terbunuh dilanggar  keretapi yang sedang bergerak laju dengan kecepatan tinggi. Insiden menyedihkan ini secara tak sengaja disaksikan oleh sejumlah orang, termasuk anak-anak, yang ada di dalam keretapi.

Rakaman CCTV di lokasi kejadian menunjukkan seorang lelaki mendekati ke rel keretapi yang ada  dekat stesyen Wentworthville, Sydney untuk mengambil sesuatu. Namun tidak terlihat jelas benda apa yang hendak diambil lelaki tersebut.

Pada ketika bersamaan, datanglah sebuah keretapi yang hendak masuk ke stesyen tersebut. Keretapi ini langsung melanggar lelaki tersebut. Korban pun terbunuh ditempat kejadian . Demikian seperti dilansir Sydney Morning Herald, Isnin (7/10/2013).

Insiden ini terjadi pada Isnin (7/10) pagi waktu setempat. Juru Cakap Polis setempat berkata, masih tidak jelas apakah mangsa ingin mengambil sesuatu dari rel atau menjatuhkan sesuatu di rel atau mungkin melihat sesuatu di rel.

Penyiasatan menyeluruh atas insiden ini masih terus dilakukan. Sedangkan proses bedahsiasat terhadap mayat mangsa masih belum selesai. Identiti mangsa   belum dikenalpasti.

"Penyiasatan atas insiden ini masih terus dilakukan, namun penyiasatan awal - termasuk dari rakaman CCTV - menunjukkan bahawa lelaki tersebut mendekati rel untuk mengambil suatu benda," terang juru cakap  polis  setempat.

Polis dan paramedis sempat memeriksa masinis kereta dan sejumlah penumpang. Salah satu penumpang, Shawn menuturkan bagaimana dirinya terperangkap di dalam keretapi selama setengah jam ketika polis  dan paramedis masih menyisir lokasi.

"Saya kecewa dan menderita," ucapnya.

Akibat insiden ini, operasi keretapi untuk rute dari dan ke Wentworthville sempat terganggu, namun kini sudah dibuka kembali. Tapi kereta tidak tepat berhenti di stesyen Wentworthville. Para penumpang dipindahkan ke shuttle bas pada satu stesyen sebelum Wentworthville, yakni di Westmead dan Pendle Hill.
 detikNews

1 comment: