Saturday, October 19, 2013

Malangnya dia, cinta yang menyayat hati

19 Okt 2013
 
(c) shanghaiist.com
Ramai orang yang rela mengutarakan cintanya di depan umum demi menunjukkan bahawa dia benar-benar mencintai orang tersebut. Istilahnya, 'biarlah orang lain yang menjadi saksi kesungguhan cintaku padamu', begitulah kira-kira.

Namun nasib baik tak menyertai seorang lelaki di China yang berusaha mengutarakan cinta pada teman sekelasnya. Lelaki ini ingin menyatakan cinta secara romantis dengan menggunakan lilin-lilin dan membentuknya menjadi sebuah tulisan, 'I Love You'. Lelaki ini sepertinya sudah lama memendam rasa pada seorang teman sekelasnya di Universiti Shanghai.

(c) shanghaiist.com 
(c) shanghaiist.com
Aksi tulus yang dilakukan pemuda ini mengundang simpati dari orang lain yang melihatnya. Dia pun mendapat bantuan untuk menyusun lilin-lilin itu. Dengan penuh harapan sang lelaki jadi makin semangat menyusun lilin pernyataan cintanya. Dia yakin bahawa caranya ini cukup romantis untuk menarik hati sang kekasih.

(c) shanghaiist.com 
(c) shanghaiist.com
Namun apa yang dilakukan oleh lelaki ini justru mendapat respon yang tidak ramah dari wanita tersebut dan teman-temannya. Dengan tega mereka menyiramkan sebaskom air pada lelaki itu. Membuatkan para saksi yang melihat kejadian itu turut terkejut dan sedih kerana melihat lelaki tersebut disiram air.
(c) shanghaiist.com 
(c) shanghaiist.com
Tak sampai hati rasanya melihat bagaimana lelaki tersebut diperlakukan. Hanya ingin menyatakan cinta saja malah berujung disiram air hingga patah hati dan malu. Dilansir dari Shanghaiist, beberapa foto merakam momen di mana hati lelaki ini hancur berkeping-keping setelah apa yang ia perbuat bagi wanita tersebut.
 Sumber:Vemale.com

No comments:

Post a Comment