
Panel
bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa ketua
setiausaha negara (KSN) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji
Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi
mengatasi sebarang kelemahan dengan serta-merta.
"Pada waktu yang sama, panel menggesa kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani semua kelemahan yang ada," kata Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar.
Dalam
kenyataannya hari ini, Johan berkata, pihaknya mengambil serius
kelemahan yang didedahkan, yang bukan sahaja membolehkan salah guna
kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.
"Pada waktu yang sama, panel mengambil serius kecuaian sistem kawalan dan penjagaan hingga membolehkan peralatan dan barangan (termasuk yang boleh membahayakan seperti senjata api) hilang daripada simpanan.
"Panel juga mengambil serius kurangnya pengawasan ke atas pembekal dan kontraktor hingga berlaku mutu kerja yang tidak memuaskan," katanya.
PPPR juga menyatakan kekesalannya kerana terdapat kelemahan dan kesilapan yang sama berulang walaupun telah didedahkan dalam laporan tahunan sebelum ini.
"Pada waktu yang sama, panel menggesa kerajaan-kerajaan negeri dan syarikat-syarikat kerajaan mengambil tindakan segera bagi menangani semua kelemahan yang ada," kata Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Datuk Johan Jaaffar.
Dalam
kenyataannya hari ini, Johan berkata, pihaknya mengambil serius
kelemahan yang didedahkan, yang bukan sahaja membolehkan salah guna
kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan."Pada waktu yang sama, panel mengambil serius kecuaian sistem kawalan dan penjagaan hingga membolehkan peralatan dan barangan (termasuk yang boleh membahayakan seperti senjata api) hilang daripada simpanan.
"Panel juga mengambil serius kurangnya pengawasan ke atas pembekal dan kontraktor hingga berlaku mutu kerja yang tidak memuaskan," katanya.
PPPR juga menyatakan kekesalannya kerana terdapat kelemahan dan kesilapan yang sama berulang walaupun telah didedahkan dalam laporan tahunan sebelum ini.
Gesaan PPPR ni cuma nak cover kerajaan supaya tidak dilihat memang suka menyeleweng dan membazirkan wang pembayar cukai. Kalau PPPR benar-benar nak lihat ada perubahan dalam repot AG maka SPRM wajib memulakan siasatan keatas laporan ketua audit negara kerana ianya jelas satu penyelewengan dana awam dan ada unsur salahguna kuasa dan rasuah dalam urusan perolehan dan khidmat perunding. SPRM sila siasat . Jangan hanya diam macam tunggul bila melibatkan kerajaan!
ReplyDelete