“Royalti dirampas. Terengganu tewas kerana pengundi luar dibawa masuk.
Undi rakyat Terengganu (pada PAS) meningkat tapi tetap tewas,” kata
Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga
2004.
Beliau yang menyambut hari jadi ke 66 hari ini berkata demikian ketika
ditanya dalam dialog di majlis High-Tea Ameerah Fan Club di sebuah hotel
malam tadi sebagaimana dilaporkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari
ini.
Di majlis yang sama Abdul Hadi berkata, pengalaman paling manis di
dalam karier politiknya ialah apabila musuh datang memohon maaf padanya.
“Contohnya SB (polis cawangan khas) dan tentera datang minta maaf
selepas baca buku saya selepas memerhatikan saya sekian lama (atas
tanggapan dan tuduhan silap pada beliau),” katanya.
Dalam majlis itu, Abdul Hadi juga ditanya, "Apakah Tuan Guru seorang yang garang"?
“Saya hanya garang pada musuh. Pada anak-anak, ada masa garang ada masa
lembut. Tak boleh garang sentiasa dan tak boleh lembut sentiasa,”
katanya dengan berseloroh.
Program dialog anjuran Ameerah Fan Club bersama Abdul Hadi semalam
dilihat lebih bersifat santai mirip perbincangan anak-beranak yang
jarang berlaku dalam program lain.
Abdul Hadi sepanjang sesi tersebut dilihat sangat ceria dan teruja
melayani setiap soalan yang dilontarkan padanya termasuk persoalan
berkait peribadi.
Pada program itu, Abdul Hadi yang dikenali ‘pakcik nelayan’ dari Marang
itu menyatakan kegembiraannya yang amat sangat jika orang tidak
dikenali menegurnya.
“Apa yang buat saya gelak, saya menjala di tepi laut... kanak-kanak tak
kenal saya. Apabila memancing, ada pelancong datang tanya, ‘Pakcik,
ini selalu memancing kat sini ke? Dapat ikan?’
"Selepas itu, mereka kembali dan bertanya, pakcik ini Presiden PAS ke?
Nak ambil gambar,” kata ahli Parlimen Marang itu secara berseloroh
ketika menjawab soalan daripada hadirin yang menghadiri dialog tersebut.
– 20 Oktober, 2013.The Malaysian Insider
sabar...
ReplyDelete