Monday, October 28, 2013

Sadis! Selepas Bunuh Satu Keluarga Suspek Bunuh Diri

28 Okt 2013
 
Phoenix - Michael Guzzo (56) mati bunuh diri usai melakukan aksi pembunuhan dan penyerangan penduduk di sebuah townhouse, di   Phoenix, Amerika Syarikat. Mangsa yang dibunuh oleh Guzzo merupakan satu keluarga yang berjumlah 4 orang serta dua ekor anjing

Laporan berita Reuters, pada 28 Oktober menyatakan, empat mangsa yang meninggal   tersebut berasal dari keluar Moore, yaitu   Bruce Moore, berusia 66 tahun, Renee Moore, 36 tahun, Michael Moore berusia 42 dan Shannon Moore berusia 17 tahun. Pembunuhan ini terjadi beberapa jam yang lalu, waktu setempat.

Usai melakukan  pembunuhan, Guzzo   menyerang townhouse milik jiran Moore. Dia beberapa kali melepaskan tembakan ke pintu-pintu jiran Moore.

Aksi sadis ini terhenti ketika Guzzo nekat menembak dirinya sendiri. Dia mati di tempat kejadian dengan luka tembakan.

Salah seorang anggota polis di Phoenix mengatakan, motif di balik pembunuhan ini adalah masalah peribadi berkaitan perniagaan. "Dipercayai ada dendam peribadi dengan keluarga mangsa," kata  Polis  Phoenix, Tommy Thompson.

Salah seorang  jiran Moore, Deleon, mengaku terkejut kerana sempat diserang suspek. Dia diserang kerana melihat Moore yang berlagak seperti orang gila.

"Dia menyerang pintu depan rumah saya, ada bekas dua tembakan di pintu depan rumab saya," katanya.
catatan idahsalam

No comments:

Post a Comment