Harakahdaily
Saidah Hairan, | 17 Okt 2013 |
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor akan memberi bantuan pembelian tiket dengan nilai
berjumlah RM1,200 atau kadar 50 peratus daripada harga tiket kepada
pelajar-pelajar anak Selangor yang akan pulang ke Mesir bagi meneruskan
pengajian masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berkata, pelajar berkenaan daripada keluarga yang berpendapatan purata isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Katanya, pelajar tersebut juga adalah peserta evakuasi sukarela dan tidak mendapat penajaan daripada mana-mana jabatan atau agensi Persekutan dan negeri kecuali mereka yang mendapat bantuan umum pelajaran daripada Lembaga Zakat Selangor.
Beliau berkata, bantuan kewangan akan diurus oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melalui pegawai yang dilantik iaitu Ustaz Mohd Shukri Ruslan.
Pelajar-pelajar terbabit boleh terus datang ke seksyen Pengajian Tinggi, tingkat 3 Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam atau hubungi telefon 03- 55143538/03-55142048.
Bantuan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor pada 9 Oktober 2013 bagi meringankan bebanan kewangan kepada keluarga pelajar-pelajar anak Selangor yang akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian.

No comments:
Post a Comment