15 Okt 2013
Kuala Lumpur - “Selama
lebih 30 tahun bergelar isteri, saya banyak bersabar dengan kerenah
suami yang langsung tidak mempedulikan rumah tangga dan kerap
menghilangkan diri ke negara jiran.
“Kami seolah-olah
terputus hubungan. Dia langsung tidak menelefon apatah lagi pulang
menyambut Aidilfitri bersama sejak lima tahun lalu. Tiba-tiba dia pulang
dan membuat pengakuan sudah beristerikan jin ketika menuntut ilmu di
negara berkenaan,” kata Norehan, 58.
Warga emas itu
tampil membuat pendedahan selepas tidak tahan hidup bersama suami yang
mengamalkan sihir selain meninggalkannya bersama dua anak menguruskan
kehidupan sendiri di tanah air.
Katanya, dia
terkejut besar apabila mengetahui suaminya benar-benar menuntut ilmu
songsang termasuk mengaku bernikah secara batin dengan jin di luar
negara.
“Sejak dia pulang
saya sedar perubahannya. Dia kerap berbuat baik dan sering meminta
layanan lebih di bilik tidur tidak kira siang mahupun malam.
“Begitupun saya
mula mengesyaki perkara menakutkan apabila dilayan kasar setiap kali
hubungan seks hingga terpaksa menyerah dalam keadaan menekup muka kerana
tidak tahan melihat mukanya,” katanya yang membuat aduan kepada
Pengarah Kebangsaan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Nurul
Aini Yausoff di sini, minggu lalu.
Berikutan tidak tahan diperlakukan begitu, Norehan nekad meminta penjelasan sebelum rahsia suaminya terbongkar satu demi satu.
“Saya bukan saja
dipukul, malah suami sanggup mengherdik saya di depan anak-anak hanya
kerana perkara kecil termasuk ketika saya menyuruhnya bersolat dan
puasa.
“Sedangkan sebelum ke negara jiran, dia boleh dibawa berbincang, bertolak ansur serta rapat dengan anak-anak,” katanya.
Norehan berkata, akibat terlalu taasub dengan ilmu songsang dituntut, suaminya bertukar menjadi aneh.
“Sejak menuntut
ilmu pelik, dia selalu bercakap seorang diri dan merayu untuk bersama
setiap hari. Paling menakutkan ada ketikanya dia merenung saya dengan
mata kemerahan serta mengikut gerak geri saya tanpa jemu.
“Saya menjadi
tambah bingung selepas kerap terjumpa barangan pelik seperti kain kuning
dan botol dalam beg sandang suami. Anak-anak pula tunduk pada setiap
kemahuannya,” katanya.
Selain itu,
Norehan berkata, suaminya juga tidak betah di rumah dan hanya mampu
bertahan kira-kira tiga jam sehari sebelum menghilang ke kedai kopi dan
berbual panjang hingga ke awal pagi.
“Saya hanya
bimbangkan dia. Kami bukannya muda lagi dan saya tidak mahu dia
berterusan begitu selepas kami berpisah nanti,” katanya yang memohon
khidmat nasihat untuk menuntut fasakh, menurut sumber Hmetro.
Sementara itu,
Nurul Aini berkata, semakan pihaknya mendapati, Norehan sudah beberapa
kali hadir di mahkamah, tetapi kes berkenaan tidak dapat diselesaikan
kerana dia tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment