Oleh Mohd Farhan Darwis
October 20, 2013
Sultan
Sulu Jamalul Kiram III (gambar) yang dikaitkan dengan pencerobohan di
Lahad Datu, Sabah dikatakan meninggal dunia awal pagi tadi.
The Star melaporkan Jamalul Kiram, 75, yang mendakwa dirinya pewaris
kepada kesultanan Sulu dikatakan meninggal dunia akibat kegagalan organ.
Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad
Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan
negara. - 20 Oktober, 2013. TMI
No comments:
Post a Comment