Friday, October 4, 2013

Sungai Limau: PAS hilang maruah jika tewas

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN BERITA October 04, 2013
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mahu buktikan kemenangan Umno bukan kebetulan.Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mahu buktikan kemenangan Umno bukan kebetulan.Kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sangat penting untuk Umno dan PAS, malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir cuba untuk memastikan ia bukan sekadar kebetulan sementara lawannya pula mahu menilai popularitinya.

Namun jika kekalahan yang diterima PAS, ia bakal memberikan impak yang lebih besar kepada parti komponen Pakatan itu selepas kehilangan negeri Kedah dalam pilihan raya umum lalu.
Ia bukan lagi dianggap kehilangan satu kerusi sahaja bahkan akan membuktikan prestasi PAS memang sedang menurun selepas pemergian Pesuruhjayanya, Tan Sri Azizan Razak.

 Ia bakal menjadi trauma dan beban besar kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November dan hari penamaan calon pada 23 Oktober ini.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiada hari pengundian awal dan terdapat 27, 222 orang pengundi yang akan mengundi di kawasan itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Mohd Hisomudin Bakar, berkata selepas PAS kehilangan Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dua isu penting dijadikan sebab bagaimana ia boleh berlaku.

"Satu kerana perpecahan dalaman antara Azizan dan musuhnya dalam PAS, yang kedua kerana kegagalan PAS Kedah dalam melaksanakan dasar negeri yang dilihat tidak melata.
"Jika PAS kalah lagi dalam pilihan raya ini, Mahfuz yang mengambil alih jawatan dari Azizan bakal berhadapan dengan trauma besar," katanya.

Ilham Centre terlibat dalam membuat kajian lapangan sebelum membuat cadangan manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU13  Mei lalu dan Kedah adalah antara negeri yang dikaji Ilham Centre.
Sejak 2012, Hisomudin berkata, pihaknya sudah mengesan bibit ketidakpuasan hati golongan yang pertama kali menyokong Pakatan Rakyat di Kedah pada pilihan raya 2008 terhadap kerajaan negeri.
"Perpecahan dalaman menolak penyokong atas pagar ini lari dari Pakatan Rakyat di Kedah walaupun penyokong tegarnya kekal," katanya kepada The Malaysian Insider.

2 comments: