25 Okt 2013
Shenyang: Tangan kanan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di bandar
di wilayah Liaoning ini terpaksa dipotong di sebuah hospital tempatan
selepas teman lelaki ibunya mengelar dan kemudian mencelurnya dalam
cerek elektrik.
Sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan berkata, seorang suspek
berusia 30 tahun melakukan demikian selepas bergaduh mengenai masalah
kewangan dengan ibu mangsa.
Kakitangan hospital terbabit berkata, tangan kanak-kanak berkenaan cedera parah sehingga ia perlu dipotong. Kanak-kanak terbabit kini menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan itu dan keadaannya dilapor semakin baik.
No comments:
Post a Comment