Tan
Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mengumumkan peruntukan RM400,000
untuk kerja penambahbaikan Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras dekat
sini dan membaiki jalan masuk ke madrasah itu.
Timbalan perdana menteri berkata sebanyak RM350,000 adalah peruntukan
bagi membiayai bangunan baharu madrasah yang sedang dalam pembinaan dan
surau madrasah.
Sebanyak RM50,000 lagi ialah untuk pembaikan jalan ke madrasah
berkenaan, katanya semasa berucap dalam lawatannya di madrasah itu di
sini.
Beliau berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan
untuk membantu umat Islam di negara menjadi contoh kepada negara lain.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Muhyiddin kemudian bersolat jemaah di Masjid Bukit Choras sebelum
menghadiri program sepetang bersama penduduk Bukit Choras. - Bernama, 29
Oktober, 2013.
adoi...terima je...bagus tu.
ReplyDeleteSetuju, terima je tapi time pilihanraya pangkah lain.... duit tu rakyat yang punya. cam BR1M
Delete