Harakahdaily, | 21 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Beberapa
minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir
tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu
dengar Dr Mahathir.
“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam
Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas.
“Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno yang tamak haloba,” tulisnya lagi.
Justeru, baginya Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia.

No comments:
Post a Comment