8 Okt 2013
Alkhobar: Anggota polis di Al-Kharj menahan seorang perempuan Arab
dan lelaki didakwa bersubahat membunuh suaminya di Alkhobar semalam.
Wanita bersama teman lelakinya itu ditahan di bandar Al-Afjah di wilayah Al-Kharj.
Jurucakap Polis Riyadh, Kolonel Fawaz Al-Maiman mengesahkan kejadian itu kepada akhbar tempatan.
Seorang saksi menghubungi polis Alkhobar selepas ternampak beg kulit kemungkinan berisi mayat dibuang ke dalam tong sampah.
Polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat berkenaan.
Siasatan polis mendapati mangsa berkahwin dengan wanita berusia 30 tahun itu tahun lalu. Wanita itu dipercayai membunuh suaminya dengan bantuan seorang lelaki Arab berusia 23 tahun.
Mangsa berusia 31 tahun warga Arab berkahwin tahun lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan mangsa mati akibat cedera selepas diserang. - Agensi
No comments:
Post a Comment