Paling sedikitnya 16 wanita Arab Saudi dikenakan hukuman membayar denda kerana melanggar peraturan larangan memandu bagi kaum wanita di negera itu.
Polis Saudi hari ini mengatakan, kelmarin mereka telah menghentikan beberapa wanita yang sedang memandu kereta dalam kempen memandu bagi wanita di Saudi, seperti laporan berita AFP, Ahad 27 Oktober.
"Polis memberhentikan enam kereta yang dipandu wanita di Ibu Kota Riyadh dan mendenda mereka ," kata Juru cakap polis Kolonel Fawaz al-Miman.
Dia mengatakan setiap wanita itu bersama ayah, suami, kakak/adik, bapa saudara, atau cucu laki-lakinya harus menandatangani pernyataan berjanji akan mematuhi undang-undang kerajaan.
Di Kota Jeddah polis juga mendenda dua wanita kerana memandu kereta.
Puluhan perempuan Saudi sebelumnya pernah mengunggah video ketika mereka sedang memandu melalui akaun media sosial Twitter.
Sejumlah pegiat menyerukan kaum wanita Saudi mengadakan tunjuk perasaan kemarin dengan memandu kereta untuk menentang larangan itu.
Beberapa pegiat mengaku mereka ditelepon Kementerian Dalam Negeri untuk meminta mereka membatalkan aksi itu.
Khamis lalu juru cakap Kementerian Dalam Negeri Mansur al-Turki mengatakan siapa pun wanita yang memandu kereta dalam tunjuk perasaan itu akan dihukum.
No comments:
Post a Comment