Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bakal menjadi
penentu kepada kelangsungan "Mahathirisme" kata Lim Kit Siang, yang
mana akan menyaksikan sama ada ia akan menemui kegagalan atau kejayaan
esok.
"Pilihanraya kecil Sungai Limau esok akan menjawab persoalan: Apakah
Mahathir dan Mahathirisme akan menghadapi kegagalan ketiga atau terakhir
sejak enam bulan lalu?" kata Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan
hari ini di Kuala Lumpur.
Veteran DAP itu menegaskan kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad ketika kempen Barisan Nasional (BN) di Sungai Limau
turut bakal menyaksikan sama ada Mahathirisme akan kekal atau tewas
selepas "kekalahan ketiga untuk tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya
2013."
"Inilah yang akan terjadi jika calon PAS dan Pakatan Rakyat Mohd Azam
Samat mampu mempertahankan kawasan itu, terutama dengan perbezaan undi
lebih besar.
"Kemenangan calon Pakatan Rakyat itu akan menjadi berita terbaik bagi negara ini," katanya.
Dr Mahathir sendiri jelas ahli Parlimen Gelang Patah boleh dianggap
mewakili puak pelampau yang menjadikan “kumpulan majoriti yang moderat”
sebagai tebusan dengan segala pembohongan mereka sehingga menjejaskan
usaha pembinaan dan pembangunan negara serta penyatuan warga.
"Dr
Mahathir berkata kumpulan pelampau sedang menguasai Malaysia pada
ketika Barisan Nasional sedang bergelut untuk menangani masalah
kemerosotan sokongan orang ramai terhadap pakatan parti pemerintah itu
walaupun ia masih menguasai kerajaan.
"Benar dakwaan Mahathir bahawa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak lemah dan ia merasa perlu untuk melayan 'tuntutan-tuntutan
tidak munasabah' daripada puak pelampau untuk mengekalkan sokongan orang
ramai," katanya.
Dr Mahathir dan Mahathirisme dakwa Kit Siang (gambar) menanggung
kegagalan sejak enam bulan lalu dalam Pilihanraya Umum ke-13 apabila
para pengundi Melayu tidak termakan dengan pembohongan dan dusta. - 3
November, 2013.TMI
No comments:
Post a Comment