Sunday, November 24, 2013

Husam: Saya nak Hadi jadi PM sebelum dia mati

Malaysiakini Nov 24 2013

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata beliau amat berharap agar presiden parti itu akan dapat menjadi perdana menteri Malaysia pada satu hari nanti.
Katanya, harapan itu semakin kuat apabila mendengar ucapan dasar Hadi bertajuk "Rahmat Untuk Semua" yang antara lainnya menumpukan sasaran untuk menguasai Putrajaya.

Jelasnya, ucapan Hadi itu memberi "isyarat positif" kepada masyarakat luar dan menghilangkan keraguan mereka tentang peranan gerakan Islam.
Katanya, ahli parti perlu berusaha untuk merealisasikan isyarat dalam ucapan hadi itu dan terus membawa agenda Islam PAS apabila berjaya menguasai pentadbiran negara.
"Satu hari, saya katakan kepada diri saya, 'aku nak tengok Ustaz Hadi jadi perdana menteri Malaysia, satu hari sebelum dia mati.'

"Kalau kita katakan, 'presiden kita, presiden yang baik, tetapi tidak ada keyakinan untuk membawa dia ke Putrajaya' dan kita katakan 'kita ke Putrajaya dan tinggalkan Islam di pintu Putrajaya', ini kalimah yang merosakkan perjuangan kita," katanya.
Husam yang menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-59 hari ini berkata demikian bagi mengulas perbincangan untuk menyemak semula kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan selanjutnya, Husam menegaskan bahawa beliau tetap mahu melihat Abdul Hadi dilantik sebagai perdana menteri "walau untuk satu hari".
"Tapi kaedahny, hikmahnya, strateginya, agendanya, itu adalah perkara yang kita kena rancangka. Kita kena fikir dan aturkan," katanya lagi.
Hadi dalam sidang media semalam menegaskan bahawa soal untuk menentukan pemimpin untuk mengetuai Pakatan Rakyat perlu dibincangkan oleh para pemimpin gabungan parti berkenaan.
Katanya, PAS berhak untuk mengetuai gerakan tersebut, namun ia tetap perlu dibincangkan dalam Pakatan.

No comments:

Post a Comment