OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Irwan
Fahmi (dua dari kanan) bersama peguam dan ahli Perkasa lain memegang
memorandum yang dihantar ke Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur. Gambar
The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 November, 2013. Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menghantar satu memorandum
bantahan kepada kerajaan Singapura bagi meminta republik itu
mengemukakan permohonan maaf atas keterlibatannya dalam pengintipan
negara jiran termasuk Malaysia.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menyifatkan perbuatan kerajaan
Singapura sebagai keji serta tidak menghormati kedaulatan Malaysia.
"Kami mahu kerajaan Singapura memohon maaf kepada semua rakyat
Malaysia. Mengapa mereka mahu menyiasat Malaysia? Kenapa mereka ingin
tahu apa yang ada dalam negara kita?" katanya selepas menyerahkan
memorandum berkenaan di Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur hari ini.
Seramai 30 ahli Perkasa turut serta dalam penyerahan memorandum itu dan
ia diterima oleh Setiausaha Kedutaan, Tan Chee King. – 27 November,
2013.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment