Wednesday, November 27, 2013

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

27 Nov 2013

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian. 

1 comment:

  1. Mangkok ni nak mengajar anak-anak cara-cara mengendalikan blog lucah serta belajar cara-cara mencarut dan mefitnah secara efektif sebelum menghantar pulang anak-anak yang dilarikan kepada bekas isteri.....

    ReplyDelete