Friday, November 1, 2013

Mengaku dikejar Zombie, lelaki ini ditembak mati

31/10/2013

California - Seorang lelaki dari California ditembak mati usai merosak rumah milik satu keluarga setelah sebelumnya berteriak yang dirinya dikejar zombie di halaman belakang rumah tersebut. Polis Orange County mengatakan Paul Michael Bracamontes (22) mati ditembak di sebuah pemukiman mewah di daerah Yorba Linda, Calfornia oleh pemilik rumah yang terbangun setelah mendengar teriakan Paul di halaman belakang rumahnya pada dini hari.

Pemilik rumah yang memiliki isteri dan bayi menembak Paul setelah dia berusaha merosak pintu kaca. Peristiwa tersebut terjadi beberapa ketika sebelum polis  membuat tindakbalas    telepon 911 dari rumah tersebut.

"Dia mengancam untuk melukai pemilik rumah sambil berkata bahawa ada 5 'zombie' yang mengejarnya dan akan melukai para penghuni rumah. Kami yakin zombie yang dimaksud tersebut tidak pernah ada," ujar Sherif Polis Orange County, Letnan Jeff Hallock seperti dilapor dari Reuters, Khamis (31/10/2013).

Menurut Hallock, keluarga Paul mengatakan bahawa lelaki  tersebut telah berhalusinasi di sebuah pesta dan membuat komentar tak sepatutnya mengenai zombie kepada anggota keluarganya.

"Dia mengatakan bahawa dia memerlukan senjata sebelum meninggalkan pesta," jelas Hallock. "Hal terakhir yang diketahui keluarga adalah Paul pergi ke suatu tempat," sambungnya.

Hallock tidak menyebutkan berapa kali tembakan dilepaskan pada ketika itu, tetapi polis  tahu bahawa senjata yang dipakai adalah milik pemilik rumah yang sangat marah terhadap insiden tersebut. Pihak keselamatan tidak menuntut pemilik rumah kerana dia melakukan itu untuk mempertahankan diri.

Pihak polis masih memeriksa apakah ada kandungan alkohol atau ubat-ubatan terlarang di tubuh Paul. Hallock tidak boleh mengatakan Bracamontes memiliki sejarah penyakit mental.
sumber: detikNews

No comments:

Post a Comment