
Peguam
Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail mesti bertanggungjawab apabila
tiada pihak dipersalahkan dalam kes kematian remaja sekolah Aminulrasyid
Amzah, kata peguam kepada keluarga arwah.
Keputusan mahkamah rayuan membebaskan Koperal Jenain Subi pada Selasa menjadikannya "kegagalan lengkap" dalam memberikan keadilan kepada keluarga mangsa tembakan polis itu, kata N Surendran dan Latheefa Koya.
Dalam
kenyataan bersama semalam, kedua-dua peguam itu berkata, keputusan itu
sekali gus menjadi "kepiluan dan kesedihan yang besar" kepada anggota
keluarga.
"Yang paling dipersalahkan AG Abdul Gani Patail, yang mesti bertanggungjawab atas sebuah lagi pendakwaan gagal dalam kes kepentingan awam berprofil tinggi," kata mereka.
"Gani cuma membuat pendakwaan selepas tekanan awam yang besar; pada mulanya pihak berkuasa hanya mahu melambatkan perkara itu dengan mewujudkan inkues dan bukannya pendakwaan jenayah."
Jenain
pada 26 November lalu kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman
penjara lima tahun atas dakwaan menyebabkan kematian Aminulrasyid tiga
tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan akhir
pendakwa raya.
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Jenain tiada niat menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan ke arah kereta Proton Iswara yang dipandunya
Keputusan mahkamah rayuan membebaskan Koperal Jenain Subi pada Selasa menjadikannya "kegagalan lengkap" dalam memberikan keadilan kepada keluarga mangsa tembakan polis itu, kata N Surendran dan Latheefa Koya.
Dalam
kenyataan bersama semalam, kedua-dua peguam itu berkata, keputusan itu
sekali gus menjadi "kepiluan dan kesedihan yang besar" kepada anggota
keluarga."Yang paling dipersalahkan AG Abdul Gani Patail, yang mesti bertanggungjawab atas sebuah lagi pendakwaan gagal dalam kes kepentingan awam berprofil tinggi," kata mereka.
"Gani cuma membuat pendakwaan selepas tekanan awam yang besar; pada mulanya pihak berkuasa hanya mahu melambatkan perkara itu dengan mewujudkan inkues dan bukannya pendakwaan jenayah."
Jenain
pada 26 November lalu kekal dibebaskan daripada sabitan dan hukuman
penjara lima tahun atas dakwaan menyebabkan kematian Aminulrasyid tiga
tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan akhir
pendakwa raya.Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, panel itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan Jenain tiada niat menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan ke arah kereta Proton Iswara yang dipandunya
No comments:
Post a Comment